“Ramadan
kali ini aku nak cuba baiki diri. Lama dah rasanya tak buat amalan
sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak
cuba agar sejarah silam tak kembali lagi…”
Mungkin
itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini
memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga
ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk
dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga
syariat Tuhan diabaikan. Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak
dicintai. Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja.
Ramadan
yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita
sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang,
iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa
berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai
jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis,
belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu.
Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut
tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan.
Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub.
Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah
dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap redha Allah.
PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA.
Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah ruah.
Pernah
Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa
tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.
Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.
Selanjutnya
Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa
kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan
dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang
memuliakannya.
Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.
Nabi
SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan
mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan
kemudian”
Inilah puasa yang hakiki..
Oh Ramadhan…kedatanganmu kami rindui..kehadiranmu menggamit ketenangan kami.
“Menjana
Intelektual Meningkatkan Jati Diri”